You are here: Home › Ask the Experts
Sekarang saya mengandung 8 bulan lebih, saya tidak tahu bagaimana cara
menyusu anak,saya nak tahu macam mana menyusu kali pertama? bagaimana
permulaan nya?
terima kasih
Asked by JAYAJOSHUA - Posted 1 year, 7 months, 3 weeks, 4 days, 1 hour, 23 minutes ago.
![]()
Tahniah atas akan menjadi Mommy. Bagus sekali kerana anda ingin menyusui bayi anda. Agar anda akan mempunyai pengalaman sukses menyusui, ia amat penting bagi anda untuk mendidik diri anda sendiri SEBELUM anda melahirkan bayi anda:
· Bagaimana susu badan dihasilkan
· Bagaimana bayi mendapatkan susu dari payu dara anda
· Apakah yang harus dilakukan sebaik sahaja selepas bersalin
· Bagaimana mengenalpasti lekatan (latch-on) yang baik
· Apa yang harus dan tidak boleh dilakukan.
Anda boleh mempelajari semua di atas dari buku, internet dan dari mengikuti Kelas dari Breastfeeding Consultant yang berpengalaman.
Jika terlambat bagi anda untuk menghadiri kelas, anda harus membaca, membaca dan membaca, dan menonton beberapa video tentang breastfeeding (dari youtube). Dan pada kali pertama anda menyusui bayi anda, dapatkan bantuan yang baik dari Breastfeeding Consultant untuk memastikan bahawa anda menyusu dengan betul.
Anda juga boleh menghubungi saya untuk sokongan @ 012-2122387 atau ke www.LoveBreastfeeding.com untuk mendapatkan maklumat tentang kelas yang akan datang.
Gina Yong
Success Coach



