You are here: Home › Ask the Experts
1. Saya nak tanya, anak saya berumur 1 tahun 4 bulan. Sejak berpindah bilik di taska, anak saya kerap tidur. Terutama bila petang sampai ke pagi. Bangun pun cuma menyusu badan.
2. Gigi anak saya telah rosak dalam umur begitu. Adakah kekurangan kalsium? Bagaimana hendak menyelesaikannya?
3. Kulit anak saya menghadapi ruam dan berkudis yang di belakang atas punggung. Apakah yang perlu saya lakukan?
Terima Kasih
English translation:
1. I would like to ask some questions regarding my child who is a year and 4 months old. Ever since starting playschool, my child has been taking frequent and long naps i.e. from the evening till the next morning. My child only gets up for feeding. Is this something I should be worrying about?
2. If my child’s teeth have decayed at that age, is it due to lack of calcium? What should I do?
3. My child has a rash which causes itching. It is on his back and buttocks. What should I do?
Thank you.
Asked by Darina - Posted 1 year, 3 months, 1 day, 5 hours, 31 minutes ago.
![]()
Dear Mdm Darina,
Thank you for your enquiry.
1. Children at your son’s age require at least 12 -15 hours of sleep a day. If he is getting more than that or you find that his excessive sleep occurs only on weekdays in day care and not on weekends when you are at home, then it is important to make sure that he is not been given a sedative in your day care. Most children after 1 year of age, will tend to sleep through the night without a feed, so thats normal.
2. Tooth decay is due to not brushing teeth and gums before milk feed at night. You can use first teeth toothpaste which is flouride free at this age.
3. For his rash, try a moisturiser cream like Cetaphil cream 3-4 times a day. If no relief, then he needs to be seen by your doctor.
Kind regards
Dr. Sanjay Woodhull
Consultant Paediatrician
BM translation:
Terimakasih untuk pertanyaan anda.
1.Kanak-kanak yang sebaya dengan anak anda memerlukan tidur sekurang-kurangnya 12-15 jam sehari. Jika dia tidur lebih dari itu atau anda mendapati dia tidur berlebihan pada hari bekerja semasa berada di rumah penjagaan dan bukan pada hari minggu di rumah, adalah penting untuk anda memastikan yang dia tidak diberi ubat penenang di rumah penjagaan. Selalunya kanak-kanak yang berusia lebih dari 1 tahun akan tidur sepanjang malam tanpa susuan, ini adalah normal.
2.Kerosakan gigi adalah disebabkan tidak memberus gigi dan gusi sebelum susuan malam. Anda boleh menggunakan ubat gigi pertama yang bebas dari flouride di dalam lingkungan umur ini.
3. Untuk ruam, cuba gunakan krim pelembab seperti Cetaphil cream 3-4 kali sehari. Jika ini tidak mujarab, bawa dia berjumpa doktor.



