Login | Register
Share |
Join us at The Power of “Interactive” Play Parenting Workshop Sign up NOW!

Anda di sini: Laman UtamaArtikel Bahasa Malaysia

Ibu Celik Siber

Beginilah kehidupan seorang ibu - tiada masa untuk kawan-kawan, terpisah dengan dunia luar dan kehidupan yang hanya tertumpu ke atas bayi kesayangan.  Tapi kehadiran internet sudah mengubah segalanya….

Era keibuan adalah anugerah tidak ternilai. Anda mendapat haluan baru dalam kehidupan: cahaya mata untuk berkongsi kasih sayang, cabaran yang menarik setiap hari dengan setiap pencapaian baru bayi anda ketika membesar ke era kanak-kanak, remaja dan kemudiannya orang dewasa.
Walaupun pengalaman ini amat menyeronokkan, kadangkala setiap ibu pasti merindui sebahagian dari kehidupan lama mereka: bersembang bersama teman dan keluarga, perbualan bersama golongan dewasa dan mengikuti perkembangan terbaru di persekitaran. 

Hakikatnya tugas seorang ibu tidak mengenal masa dan kadangkala amat membebankan. Mujurlah kebanyakan ibu-ibu dianugerahkan dengan kebolehan luarbiasa untuk menyelesaikan bermacam-macam perkara dalam sehari tanpa disangka!

Sejak kemunculan internet di pertengahan 1990an, ibu-ibu lebih berupaya menjalankan tugas mereka secara berkesan dan cekap. Laman web sedunia menawarkan bukan saja perhubungan ke seluruh dunia tetapi juga memberi peluang untuk terus berhubungan dengan kawan-kawan dan mereka yang disayangi, menjalankan perniagaan atau tugas dari rumah serta rangkaian perhubungan kepada sumber maklumat. 
 
Ternyata laman web telah mengubah dunia seseorang ibu, contohnya melalui cara-cara berikut:

EMAIL: Ingin berhubung dengan teman yang berjauhan tapi tiada masa untuk menelefon? Atau jarang berhubung kerana anda kedua mempunyai rutin yang berbeza? Kini anda boleh berkongsi kesedihan, ketakutan dan harapan melalui ruang siber! Jika anda tiada masa untuk emel tetapi ingin sentiasa berhubung dengan kawan-kawan, hantarkan sahaja lawak jenaka, mesej yang menyentuh hati atau nota ringkas untuk bertanya khabar. 
FACEBOOK: Golongan remaja mungkin menganggap FB sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah alat baik untuk mengikuti perkembangan dalam kehidupan kawan-kawan anda. Anda juga boleh menyiarkan berita terkini online seperti gambar-gambar bayi anda dan pengalaman anda sebagai seorang ibu untuk memaklumkan perkembangan dalam kehidupan anda.

LAMAN WEB:  Anda boleh mendapatkan semua maklumat dalam laman web seluruh dunia, dari cara menyusukan bayi , masalah gigi dan peringkat-peringkat pembesaran bayi. Belajar menggunakan kod carian sehingga anda berjaya menguasai teknik mencari laman terbaik. 

FORUM: Kenapa najis bayi berwarna kuning cerah? Kenapa rambut saya gugur? Forum adalah ruang terbaik untuk menghantar soalan yang anda fikirkan terlalu remeh untuk berjumpa doktor tetapi sentiasa membebani fikiran anda. 

TWITTER: Tiada masa untuk emel yang panjang, facebook atau melayari laman web? Gunakan twitter - hantar pesanan paling ringkas samada melalui komputer atau telefon bimbit untuk sentiasa berhubung dengan rakan lain. Membaca twitter orang lain juga amat menghiburkan dan menghilangkan rasa kesunyian .

WEBCAMS: Tinggal berjauhan daraipada ibubapa tetapi mahukan anak-anak anda rapat dan manja dengan datuk dan nenek mereka? Webcam adalah penyelesaian terbaik. Sekali seminggu atau mungkin lebih kerap, aturkan perjumpaan online antara ibubapa dan anak-anak anda. Dengan cara ini ibubapa anda dapat berhubung dengan cucu mereka dan memujuk mereka melawat datuk dan nenek dengan pelbagai hadiah menarik seperti mainan atau binatang kesayangan yang comel!   

SKYPE: Program audio ini membolehkan anda bercakap dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia secara percuma. Anda hanya perlu muat turun aplikasi dari laman web Skype dan mendaftar secara percuma. Anda memerlukan alat headset untuk dengar dan bercakap. Kadang-kadang Skype digunakan bersama webcam untuk kesan yang lebih baik. 

Celik siber

Sebagai tingkap kepada dunia luar, internet juga mendedahkan anda kepada pelbagai bahaya ruang siber. Contohnya komputer anda sentiasa berisiko kepada serangan Trojan, virus dan pengodam. Berikut adalah beberapa tip untuk menjadi pengguna internet yang bijak dan mengelakkan serangan siber.

  • Jangan siarkan butiran peribadi untuk menghindari daripada menjadi mangsa pengintip siber dan spammer.
  • Pilih foto dengan teliti sebelum berkongsinya dalam rangkaian sosial kerana foto boleh diubahsuai dan disalahgunakan. Hindari dari menghantar foto dalam aksi atau pakaian yang menggoda atau siarkan foto muka sahaja. 
  • Lakukan kajian online secara bijak dan pilih hanya laman web yang diiktiraf oleh syarikat yang boleh dipercayai. Laman web yang diragui mungkin mengandungi unsur-unsur promosi untuk memujuk anda membeli produk.
  • Berhati-hati dengan tawaran kerja dari rumah atau diskaun bagi produk berjenama yang terlalu menarik. Elakkan dari membuat bayaran pendahuluan sehingga anda sudah pasti kesahihan tawaran tersebut. Anda mesti melakukan pemeriksaan sebelum membelanjakan wang. 
  • Elakkan dari mengunakan nama panggilan yang nakal dan manja yang boleh disalah tafsir oleh teman siber. 

 

Related links:
Share |

Kembali ke Laman Utama Artikel

Copyright 2010 Mamababyworld Sdn Bhd. All Rights Reserved. Email admin@mamababyworld.com